perbankan Islam perlu menerima kritikan untuk terus maju.
saya juga mahu melihat perbankan Islam maju, tetapi selalunya kritikan saya terhadap bank islam disalah ertikan :)
sedangkan apa yang dikritik adalah approach mereka yang tidak jauh berbeza dengan bank konvensional.
admin
· 1 year ago
seseorang pernah menyatakan pada saya dahulu, approach bank-bank Islam Malaysia berbeza dengan bank Islam negara asing. sejauh mana saya kurang pasti. apa pun sokongan kepada bank Islam perlulah diteruskan kerana mencari yang halal itu fardu. :D
pakdi
· 1 year ago
salah satu contoh perbezaan adalah BBA yang menggunakan konsep 'inah. Jumhur tidak membenarkan 'inah, tetapi Malaysia mengambil pendapat minoriti.
Paypal2u Bloggers
· 1 year ago
Ok... Disini ingin saya tegaskan sesuatu.
1. Sistem Mudharabah yang digunapakai oleh semua bank-bank yang beroperasi secara Islamic lebih menekan pelanggan dari jangkamasa panjang. Memanglah kita tahu bahawa bank pun perlukan keuntungan yang kemudiannya disalurkan kepada asnaf yang betul, namun yang pastinya sistem Al Mudharabah ini memang tidak wajar digunakan kerana disyaki mengandungi unsur-unsur zalim dan riba. Ini kerana Al Mudharabah mengenakan satu bentuk faedah atau komisyen yang ditentukan yang kemudiannya dimasukkan kedalam jumlah pinjaman tersebut.
2. Untuk mengatasi masalah ini maka perlulah sistem bank-bank yang beroperasi secara Islamik menggunakan pendekatan dan teknik pembiayaan Al Qardhul Hassan dimana ianya tidak mengenakan apa-apa faedah mahupun komisyen. Dalam Al Qardhul Hassan, bank cuma dibenarkan mengenakan satu nilai minima kos operasi dalam pinjaman tersebut dan ianya tidak boleh melebih dari 15%.
3. Hadith yang menerangkan bahawa kita dibenarkan mengambil keuntungan lebih dari 100% itu amatlah kurang sesuai. Saya bukanlah pakar hadith namun AlQuran ada menetapkan bahawa janganlah kita melebih-lebihkan untung (zalim kepada pelanggan) kerana dikhuatiri mudah terjebak kepada riba.
Oleh yang demikian, pada pandangan saya selagi sistem bank-bank Islamik di Malaysia tidak menggunapakai Al Qardhul Hassan malah melebih-lebihkan promosi Al Mudharabah, maka selagi itu sistem tersebut masih kekal zalim.
Kepada Ust Zaharuddin, apa kata anda kemukakan usul supaya Al Rajhi Bank (yang mana anda kerja disana) menggunapakai sistem Al Qardhul Hassan.
Saya berani jamin Al Rajhi Bank dan semua bank-bank lain tidak akan berani menggunakan sistem piawai Al Qardhul Hassan kerana kurang untung kepada mereka.
admin
· 1 year ago
Terima kasih saudara Paypal2u untuk komen yang berinfomasi itu, bagaimana pun untuk makluman saudara Ustaz Zaharuddin tidak pernah bekerja di Al Rajhi Bank sebaliknya beliau kini merupakan pensyarah di UIA. Profil lengkap beliau saudara boleh lihat di laman webnya (www.zaharuddin.net). Secara peribadi saya amat menyukai perdebatan mengenai isu ini, cuma kalau boleh jangan sampai pembaca lain terkeliru dan beranggapan bank konvensional dan bank Islam tiada bezanya.
pakdi
· 1 year ago
paypal2u bloggers,
qardhul hassan bukan satu-satunya instrumen kewangan Islam yang wujud. asasnya kita ada wadiah, mudharabah dan musyarakah. selebih nya adalah derivatives bagi asas yang 4 ini.
isu keuntungan 100% boleh atau tidak, sebenarnya dalam Islam tidak pernah mengehadkan keuntungan peniaga. boleh rujuk tulisan saya di
isu sebenar membezakan antara bank islam dan bank konvensional adalah sama ada duit itu didagangkan utk keuntungan (riba jahiliyyah) atau pun tidak.
bukan sebab ia tak buat qard al-hassan maka ia tak islamik langsung.
suziani
· 1 year ago
Rasa saya bank Islam adalah pelopor kepada teknologi terkini. Bank pertama di Malaysia menggunakan kad berasaskan chip dan lain-lain yang berinovatif.
Tapi sayangnya dia punya servis, mak datuk lebih kurang macam BSN. Pelanggan seratus, satu kaunter jer dibuka, pelanggan beratur, satu ATM saja yang tidak out of service.
Kalau nak banding dengan bank konvensional yang lain, jauh panggang dari api, antara bumi dengan langit.
admin
· 1 year ago
sebenarnya kita masih ada pilihan untuk memilih bank-bank selain bank Islam yang mengamalkan perbankan berasaskan Islam seperti:
- Affin Islamic Bank - Asian Finance Bank Bhd - Al-Rajhi Bank - Alliance Islamic Bank - AmIslamic Bank - Bank Muamalat - Bank Rakyat - CIMB Islamic - Citibank Islamic Banking - EONCap Islamic Bank - Hong Leong Islamic Bank - HSBC Amanah - Kuwait Finance House - Maybank Islamic Banking - OCBC Islamic Banking - Public Bank Islamic Banking - RHB ISLAMIC Bank - Stan Chart Islamic Banking
kata orang, tepuk dada tanya iman :D
poji
· 1 year ago
Saya bersetuju pandangan Pak Di. Masih ada kelemahan yg perlu diperbaiki oleh bank Islam. Tetapi kita perlu mengakui hakikat bhw tamadun kita telah lama berkubur. Jadi dunia kini sudah bobrok dikuasai oleh kapitalis.
Mmgla modal awal utk mendirikan perbankan Islam dtg drp kapitalis. sbb kita umat Islam dah muflis. Tetapi kita masih ada usaha utk mengembalikan sistem perbankan Islam. Di akui cacat celanya masih ada. Tp penambahbaikan akan terus dilakukan.
Sehingga kini perbankan Islam sudah menjadi pilihan semua lapisan masyarakt tnpa mengira agama. Jadi kita patut sokong!!!!
Harapannya nanti bila ekonomi ummah kukuh kembali, dengan cara EVOLUSI sistem kapitalis itu akan runtuh menyembah bumi. Maka sistem Islam yg maha adil itu akan terbina dgn megahnya. Fahamilah ini. Jgn pendek sgt akal dlm memikir.
Ada rakan yg kelihatan agk warak mendakwa....jgn simpan duit dlm bank...sbb semuanya HARAM terlibat RIBA' termasuklah bank Islam. Lalu sy bertny, "klu camtu kamu simpan duit di mana? Bawah tanah ker?" Dia hny DIAM membisu tnp jawapan.
Tertarik dengan tulisan saudara Zaharuddin. Walaubagaimanapun saya masih keliru dengan konsep perbankan Islam( terutama bab pembiyaan). Jika riba dilarang kerana dikhuatiri zalim, mengapa perbankan Islam yang diamal dilihat tidak membantu mengurangkan beban. Terkadang saya melihat perbankan Islam hanya mengambil kesempatan keperluan masyarakat Islam yang tercari-cari sistem yang 'kononnya halal'. Lihat perbandingan ini: Pinjaman perumahan konvensional bernilai RM 200,000 perlu dibayar sebanyak RM 500,000 selama 300 bulan berbanding pinjaman perumahan Islamic bernilai RM 200,000 perlu dibayar sebanyak RM 550,000 untuk tempoh yang sama. Lupakan tentang kadar faedah atau BLR yang terlalu teknikal itu. Jika sistem konvensional menetapkan faedah tertentu yang kita panggil riba, perbankan islam pula menjual semula pembiayaan tersebut kepada pelanggan dengan harga yang ditetapkan sejak awal. Anehnya, keuntung dari sistem konvensional dianggap riba tetapi keuntungan dari perbankan islam dianggap keuntungan yang dibenarkan menurut pasaran.(???) Keuntungan ini dikeluarkan zakat dan membantu asnaf-asnaf. Jika kita membenarkan ini, maka saya khuatir matlamat perbankan Islam tidak tercapai sebagaimana yang diharap. Saya masih mencari ayam yang halal walaupun harganya berlipat kali ganda, tetapi dalam hal ini keterpaksaan kita untuk membenarkan diri dibebani sistem yang diyakini halal ini nampaknya semacam ada yang tak kena. Apabila Amerika dilanda krisis kewangan disebabkan sistem ribanya, ramai cendikiawan Islam mencadangkan kita kembali ke sistem kewangan Islam. Malah ada ahli ekonomi terkemuka yang bukan Islam disana mencadangkan kadar faedah diturunkan ke paras sifar ( 0%). Maka ada penulis Muslim di Malaysia mendabik dada mengaku sistem kita boleh membantu krisis ini.(ada yang tersenyum) Sudah tentu kita sukar lari dari permasalahan yang sama memandangkan sistem perbankan Islam kita hanya berbeza dari segi nama, takrifan keuntungannya sahaja. Sebab itu tidak hairan banyak bank mula berlumba-lumba mengamal perbankan Islam, sebab bendanya sama, tak perlu ke kelas ekonomi untuk memahami senario ini. Kita belum menyentuh lagi tentang pelaburan yang dibuat oleh bank-bank ini. Jika sistemnya sahaja dikatakan Islamic (walaupun meragukan) tetapi pelaburannya masih konvensional, saya tak nampak di mana Islamiknya sistem kita.(apa jadi dengan pelaburanTabung Haji dekat Gentings holdings dulu eh).Walauapapun kemusykilan saya, saya masih tidak berkuasa atau punya cukup ilmu untuk memastikan yang mana betul-betul Islamik atau tidak, dan saya tetap akan menyokong sistem perbankan Islam di negara ini kerana ini sahaja pilihan yang ada. Takkan nak simpan wang bawah tanah kot ( sapa yang tulis camni tadi ?)
hanim
· 11 months ago
saya ingin tahu yang duait zakat pertama membantu orang miskin, kedua membantu ibu tunggal, ketiga membantu mualap orang yang baru masuk islam, keempat musafir, dan membatu orang yang berhutang, apakah suami saya ini layak dibantu, hutang rumah kad kerdit ada rumah saya sampai nak dilelong. saya amat perlukan bantuan kerana saya dah tidak tahu nak buat apa lagi.
abu bakar
· 11 months ago
saya dibebani hutang yang banyak dengan kad kedit yang tertongak dan saya ini ada rumah dua dan salah satu dari rumah itu saya nak jual dan ini akan meringankan hutang saya tapi sampai hari ini tidak ada siapa yang nak beli, dan bagaimana hendak saya selasaikan hutang saya itu.
saya juga mahu melihat perbankan Islam maju, tetapi selalunya kritikan saya terhadap bank islam disalah ertikan :)
sedangkan apa yang dikritik adalah approach mereka yang tidak jauh berbeza dengan bank konvensional.
1. Sistem Mudharabah yang digunapakai oleh semua bank-bank yang beroperasi secara Islamic lebih menekan pelanggan dari jangkamasa panjang. Memanglah kita tahu bahawa bank pun perlukan keuntungan yang kemudiannya disalurkan kepada asnaf yang betul, namun yang pastinya sistem Al Mudharabah ini memang tidak wajar digunakan kerana disyaki mengandungi unsur-unsur zalim dan riba. Ini kerana Al Mudharabah mengenakan satu bentuk faedah atau komisyen yang ditentukan yang kemudiannya dimasukkan kedalam jumlah pinjaman tersebut.
2. Untuk mengatasi masalah ini maka perlulah sistem bank-bank yang beroperasi secara Islamik menggunakan pendekatan dan teknik pembiayaan Al Qardhul Hassan dimana ianya tidak mengenakan apa-apa faedah mahupun komisyen. Dalam Al Qardhul Hassan, bank cuma dibenarkan mengenakan satu nilai minima kos operasi dalam pinjaman tersebut dan ianya tidak boleh melebih dari 15%.
3. Hadith yang menerangkan bahawa kita dibenarkan mengambil keuntungan lebih dari 100% itu amatlah kurang sesuai. Saya bukanlah pakar hadith namun AlQuran ada menetapkan bahawa janganlah kita melebih-lebihkan untung (zalim kepada pelanggan) kerana dikhuatiri mudah terjebak kepada riba.
Oleh yang demikian, pada pandangan saya selagi sistem bank-bank Islamik di Malaysia tidak menggunapakai Al Qardhul Hassan malah melebih-lebihkan promosi Al Mudharabah, maka selagi itu sistem tersebut masih kekal zalim.
Kepada Ust Zaharuddin, apa kata anda kemukakan usul supaya Al Rajhi Bank (yang mana anda kerja disana) menggunapakai sistem Al Qardhul Hassan.
Saya berani jamin Al Rajhi Bank dan semua bank-bank lain tidak akan berani menggunakan sistem piawai Al Qardhul Hassan kerana kurang untung kepada mereka.
qardhul hassan bukan satu-satunya instrumen kewangan Islam yang wujud. asasnya kita ada wadiah, mudharabah dan musyarakah. selebih nya adalah derivatives bagi asas yang 4 ini.
isu keuntungan 100% boleh atau tidak, sebenarnya dalam Islam tidak pernah mengehadkan keuntungan peniaga. boleh rujuk tulisan saya di
Had Keuntungan Perniagaan dalam Islam
isu sebenar membezakan antara bank islam dan bank konvensional adalah sama ada duit itu didagangkan utk keuntungan (riba jahiliyyah) atau pun tidak.
bukan sebab ia tak buat qard al-hassan maka ia tak islamik langsung.
Tapi sayangnya dia punya servis, mak datuk lebih kurang macam BSN. Pelanggan seratus, satu kaunter jer dibuka, pelanggan beratur, satu ATM saja yang tidak out of service.
Kalau nak banding dengan bank konvensional yang lain, jauh panggang dari api, antara bumi dengan langit.
- Affin Islamic Bank
- Asian Finance Bank Bhd
- Al-Rajhi Bank
- Alliance Islamic Bank
- AmIslamic Bank
- Bank Muamalat
- Bank Rakyat
- CIMB Islamic
- Citibank Islamic Banking
- EONCap Islamic Bank
- Hong Leong Islamic Bank
- HSBC Amanah
- Kuwait Finance House
- Maybank Islamic Banking
- OCBC Islamic Banking
- Public Bank Islamic Banking
- RHB ISLAMIC Bank
- Stan Chart Islamic Banking
kata orang, tepuk dada tanya iman :D
Mmgla modal awal utk mendirikan perbankan Islam dtg drp kapitalis. sbb kita umat Islam dah muflis. Tetapi kita masih ada usaha utk mengembalikan sistem perbankan Islam. Di akui cacat celanya masih ada. Tp penambahbaikan akan terus dilakukan.
Sehingga kini perbankan Islam sudah menjadi pilihan semua lapisan masyarakt tnpa mengira agama. Jadi kita patut sokong!!!!
Harapannya nanti bila ekonomi ummah kukuh kembali, dengan cara EVOLUSI sistem kapitalis itu akan runtuh menyembah bumi. Maka sistem Islam yg maha adil itu akan terbina dgn megahnya. Fahamilah ini. Jgn pendek sgt akal dlm memikir.
Ada rakan yg kelihatan agk warak mendakwa....jgn simpan duit dlm bank...sbb semuanya HARAM terlibat RIBA' termasuklah bank Islam. Lalu sy bertny, "klu camtu kamu simpan duit di mana? Bawah tanah ker?" Dia hny DIAM membisu tnp jawapan.
Fikir-fikirkan.
poji's last blog post..Imbasan Februari 2008